8) PSIKOLOGI PELAJAR
Pada peringkat umur 12-20 tahun pelajar akan berada pada tahap identiti lawan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka juga mula memikir diri mereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Sekiranya usaha mencari identiti diri ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,2004).
Oleh itu, pelajar-pelajar akan berperang dengan emosi perkembangan mereka dalam masa yang sama untuk menerima pengajaran oleh guru. Pelajar-pelajar belajar hanya kerana mereka perlu hadir kesekolah pada usia ini. Keseluruhan mereka masih lagi samar dengan tujuan mereka belajar. Mereka belum mendapat gambaran kepentingan belajar dan tujuan mereka belajar. Mereka sendiri tidak mempunyai gambaran mengenai hala tuju masa depan mereka kerana masih belum memahami carta alir proses pembelajaran dan tiada pendedahan daripada pihak sekolah dan juga keluarga.
Jika pelajar tidak kuat untuk bertarung dengan gelojak emosi yang dihadapinya, kebolehcapaiannya dalam matematik akan terganggu. Ini kerana mereka akan hanyut melayan perasaan seperti bercinta tanpa memberi tumpuan kepada proses pembelajaran di sekolah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan kursus SME 6044 - ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK dan akan diselia oleh Prof. Dr. Marzita Puteh. Kami berharap perkongsian ilmu daripada blog ini dapat di ulas atau diberi cadangan bagi menambah baik. Terima kasih kerana sudi melawat dan jangan lupa untuk menjadi 'follower'.
Ri sme 6044
View more documents from Nur Hayati.
Akses ekuiti
View more PowerPoint from yatt87
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment