Wednesday 30 May 2012

Ulasan Artikel 5

Tajuk : Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

Sinopsis

Kajian mengenai kepimpinan guru di dalam bilik darjah masih kurang dikaji dalam kalangan penyelidik berbanding kajian tentang peranan dan kepimpinan Guru Besar dan Pengetua di sekolah. Oleh itu, jurnal oleh Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin dari Universiti Malaya ini amat sesuai dikaji oleh semua pemimpin bilik darjah terutama peranan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Memandangkan guru adalah yang paling rapat dengan pelajar berbanding Guru Besar atau Pengetua sekolah.
Kebanyakan guru mempunyai ketidaktepatan persepsi mengenai kepimpinan bilik darjah. Melalui pembacaan artikel ini, didapati guru beranggapan bahawa Guru Besar dan Pengetua atau kata lainnya pentadbir sekolah yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan kepimpinan walhal kepimpinan sebenar adalah terletak di bahu guru itu sendiri iaitu sebagai pemimpin pengajaran manakalan pentadbir hanyalah sebagai penyelaras. Guru terlalu mengutamakan pengurusan bilik darjah sahaja iaitu dari segi pengurusan pengajaran dan pembelajarn dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan kebersihan dan disiplin bilik darjah tanpa mengutamakan kepimpinan bilik darjah. Menurut penulis artikel ini, kemungkinan yang berlaku kerana program latihan guru yang lebih berfokus kepada amalan didalam pengurusan bilik darjah.
Kebanyakan contoh tentang maksud kepimpinan yang penulis artikel kemukakan adalah berpandukan kepada orientalis dan pemikir barat. Begitu juga tentang konsep kepimpinan guru sebagai pemimpin pengajaran yang berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasu pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar. Pentadbir dilihat berperanan dalam memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bagi meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, secara tidak langsung meyerlahkan peranan guru sebagai pemimpin pengajaran. Seterusnya kepimpinan itu sendiri mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling berkait rapat antara satu sama lain. Kepimpinan pengajaran guru inilah akhirnya bertindak sebagai pemnagkin pembelajaran pelajar.

Kritik Artikel

Artikel ini menceritakan mengenai kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Isu yang dibincangkan amat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan berkesan dan menarik. Ia jelas membincangkan tentang bilik darjah sebagai entiti kecil di sekolah yang sebenarnya merupakan penyebab berjaya atau tidaknya sekolah tersebut dalam mencapai matlamat dan dasar yang ditentukan iaitu visi dan misi sekolah. Kegagalan guru sebagai agen kepimpinan dan kegalagan murid di bilik darjah amnya akan mempengaruhi pencapaian atau kejayaan sekolah sebagai sau organisasi. Perlu diingat guru adalah juga pentadbir dan pengurus di sekolah.

Perbincangan tentang bagaimana strategi kepimpinan sekolah, kepimpinan guru di dalam bilik darjah perlu dilakukan sebaiknya yang juga akan melibatkan kepimpinan pelajar dalam memperkuat dan mengukuhkan lagi sistem dan struktur organisasi sekolah. Antaranya ialah :
1) Sistem Pengawasan Sekolah
2) Sistem Ketuab Darjah / Pengerusi Bilik Darjah, dan
3) Sistem Ketua Kumpulan / Pengerusi Ko Akademik atau Kokurikulum

            Terdapat beberapa kekuatan artikel ini seperti maksud kepimpinan bilik darjah, kepimpinan bilik darjah yang berkesan, factor mempengaruhi iklim bilik darjah juga telah dihuraikan dengan begitu jelas dan konsisten dengan definisi sebenar akan konsepasas kepimpinan secara global.

            Hasrat dan wawasan Dasar Pendidikan Negara yang menjadi tonggak sistem pendidikan Negara ini akan tercapai dengan mudah sekiranya perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan oleh pentadbir sekolah lebih-lebih lagi oleh guru sebagai focus kepimpinan di bilik darjah.

            Artikel ini lebih kuat jika penulis dapat menyelitkan konsep kepimpinan dan kepinan pendidikan menurut kaca mata atau pandangan Islam kerana Islam adalah satu cara hidup, ia dapat merangkumi segenap aspek kehidupan :
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas pimpinanya”- Hadis al Bukhary
“Tujuan pendidikan adalah untuk seseorang individu berkembang secara menyeluruh serta berbudi pekerti mulia, sifat berani, sabar serta menghormati orang lain”- Imam al Gahazali

            Cadangan tentang kemahiran dan kepimpinan yang menjadi amalan pentadbir sekolah dan diperturunkan kepada guru dalam konteks kepimpinan di bilik darjah pula adalah cadangan yang baik daripada penulis. Sekolah akan dikategorikan cemerlang sekiranya pihak pentadbir juga mengambil berat memimpin guru kearah kemerlangan dalam program pengajaran dan pembelajaran. Isu mengambil berat ini merangkumi penilaian guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, pengurusan sumber, kaedah membuat keptusan, matlamat pengajaran jangka pendek ? jangka panjang, sokongan komuniti sekolah dan masyarakat, komunikasi antara pentadbir dan guru sekolah.

             Kekurangan artikel ini dapat dilihat dari segi sasaran pembaca iaitu hanya berfokuskan kepada pemimpin atau pentadbir di sekolah dan guru-guru. Artikel ini akan menjadi lebih baik sekiranya penulis mengaitkan usaha sama antara pihak lain supaya sasaran pembaca tidak hanya tertumpu kepada satu atau dua pihak sahaja malah boleh mensasarkan kepada orang ramai tentang peri pentingnya kepimpinan di dalam sesuatu organisasi.

            Pada akhir artikel ini, penulis ada membincangkan tentang cabaran dan halangan yang medatang dan berharap dapat membuka peluan bagi pengkaji lain merungkai bagaimana cara untuk mengatasinya bagi memastikan kaedah-kaedah yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan berguna di peringkat sekolah.

Bibliografi

Ismail Mustafa (2008). Kepimpianan Pendidikan Teori dan Amalan.
            Shah Alam : Penerbitan Seri Kota.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuesday 29 May 2012

Ulasan Artikel 4

Tajuk : Penerapan Nilai Formastik Dan Kebolehcapaian Dalam Pengajaran Matematik Guru Sekolah Menengah Lepasan UPSI



Jurnal ini meneroka mengenai penerapan nilai pendidikan matematik khursusnya nilai formalistic dan kebolehcapaian di kalangan guru berijazah lepasan UPSI dalam pengajaran matematik sekolah menengah. Kekuatan jurnal ini ialah, setiap dapatan yang diberikan oleh penulis dibuktikan dengan petikan temubual bersama responden. Penulis juga terlebih dahulu menerangkan mengenai jenis nilai-nilai dalam pendidikan kepada pembaca. Setiap dapatan juga diulas oleh penulis disamping memberikan pendapat dan cadangan penulis sendiri. Di bahagian kesimpulan, penulis ada memberi cadangan untuk kajian lanjutan kepada pembaca.  Terdapat juga kelemahan bagi jurnal ini, antaranya ialah laras bahasa matematik yang digunakan oleh penulis untuk menerangkan mengenai jenis-jenis nilai dalam pendidikan matematik membuatkan pembaca perlu membaca penulisan itu berulang kali untuk memahaminya. Lagi sukar untuk memahami jika pembaca bukan dari golongan orang matematik atau pendidikan.

 Dapatan bagi kajian ini ialah, berlakunya penerapan nilai pendidikan matematik oleh responden dalam pengajaran di bilik darjah.  Responden lebih memberi keutamaan dalam penerapan nilai formalistic berbanding aktivis kerana bagi responden pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif memakan masa dan lambat. Guru juga mempunyai kekangan masa untuk menghabiskan silibus. Oleh itu, guru lebih suka memilih pengajaran berpusatkan guru kerana bagi responden penerangan konsep metematik adalah penting dan pelajar juga lebih mudah memahami. Responden juga lebih memberi keutamaan nilai kebolehcapaian berbanding nilai pengkhususan dalam pengajaran kelas. Responden membantu pelajar menyelesaikan masalah matematik kerana bagi mereka pelajar berpencapaian rendah belum bersedia menyelesaikan masalah sendiri, pelajar perlu dibantu secara individu dan setiap pelajar mempunyai keupayaan yang berbeza. Responden juga cenderung mengulang semula konsep matematik yang asas sebelum memulakan pengajaran baru kerana keseluruhan pelajar tidak mengingati konsep matematik asas. Selain itu responden juga mengamalkan strategi kata kunci.

Kesimpulannya, walaupun mempunyai kekangan masa, guru perlulah mempelbagaikan gaya pembelajaran bagi memastikan pelajar meminati dan tidak bosan mempelajari metematik. Pembelajaran secara aktif perlu supaya pelajar dapat menghubungkan pembelajaran metematik dengan kehidupan seharian serta pelajar berani bertanya jika menghadapi kesukaran dalam matematik.

Ulasan Artikel 3

Aplikasi E-LearnIng dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah malaysia : isu dan cadangan perlAksanaannya

http://eprints.utm.my/1517/1/wahyuyahya2006_aplikasie-learning.pdf

SINOPSIS

Artikel ini ditulis oleh Wahyu Idris dan Yahya Buntat menceritakan tentang aplikasi e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penulis memulakan bicara dengan mendefinisikan e-Learning. Menurut beliau e-Learning seringkali didefinisikan dengan pelbagai pengertian. Namun begitu beliau telah mendefinisikan e-Learning ataupun  electronic learning sebagai sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan. Penulis juga turut menceritakan perkembangan e-Learning di Malaysia yang dikatakan masih baru berbanding dengan negara Singapura.  Menurut penulis lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Penulis turut membezakan pembelajaran menggunakan e-Learning berbanding kaedah tradisional. Menurut penulis melalui e-Learning proses pembelajaran pelajar lebih selesa, fleksibel dan kurang tekanan.
Seterusnya, penulis menyatakan mengapa e-Learning perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bagi menyokong penggunaan e-Learning, penulis turut menyenaraikan strategi-strategi yang boleh dirujuk untuk membolehkan e-Learning dilaksanakan di sekolah-sekolah. Walaubagaimanapun, penulis akur bahawa terdapat cabaran yang perlu dilalui dalam perlaksanaan e-Learning di sekolah-solah di Malaysia. Akses / Kos Pengendalian, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan / infrastruktur dan latihan tenaga pengajar adalah antara kekangan yang terpaksa dihadapi dalam memastikan perlaksanaan e-learning di sekolah-sekolah.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, penulis mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian yang mungkin membantu dalam usaha pelaksanaan e-learning di sekolah-sekolah. Penulis mencadangkan agar bahan yang dihasilkan perlu penilaian yang rapi dan hendaklah dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran. Seterusnya bagi tujuan latihan untuk guru-guru, penulis mencadangkan ELMaS ialah satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web untuk latihan perguruan. Guru-guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT. E-learning berkaitrapat dengan kemudahan infrastruktur khususnya makmal computer disekolah. Oleh itu, penulis turut mencadangkan agar infrastruktur sekolah dinaiktaraf bagi memudahkan pelaksanaan e-learning di sekolah.
Penulis turut menyenaraikan sumber-sumber atau alternatif bahan e-learning untuk diadaptasikan di bilik darjah iaitu bahan-bahan percuma di internet, bahan yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama konsotium tempatan, Bahan yang dihasilkan oleh pihak swasta, CD ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru. Tidak ketinggalan, penulis memberi cadangan yang boleh dilakukan oleh sekolah-sekolah yang mempunyai talian internet dan juga tanpa talian internet bagi tujuan memperoleh sumber bahan e-learning.  bgi sekolah-sekolah
Di akhir penulisan, penulis menegaskan agar ‘e-learning’ diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya pihak sekolah tidak ketinggalan dalam arus ICT. Walaupun e-learning dicadangkan di sekolah, penulis turut menegaskan bahawa ‘e-learning’ yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar.

Ulasan dan Komentar:

Artikel ini menerangkan e-learning dan kepentingannya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru dan pelajar. Menurut penulis, pendidikan di Malaysia seharusnya tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan e-learning bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan seterusnya meningkatkan fahaman pelajar terhadap perkara yang dipelajari.

Bagi saya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu dimanfaatkan dan digalakkan penggunaannya sebagai satu inovasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan e-learning merupakan salah satu cara bagaimana sector pendidikan mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya setuju dengan cadangan penulis dengan penggunaan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada tujuan pengajaran dan pembelajaran, secara tidak langsung ianya telah membantu mendedahkan pelajar dan guru dengan kemahiran teknologi maklumat yang semakin diperlukan dewasa ini. Melalui penggunaan ICT khususnya e-learning dalam pendidikan, guru dengan mudahnya dapat memberi gambaran perkara  pengajaran dan meningkatkan memori pelajar.  Selain itu, guru juga dapat menjelaskan arahan yang kompleks untuk pemahaman pelajar. Sesi pembelajaran juga secara interaktif dan menarik yang boleh membawa kepada minat pelajar untuk belajar.


Walaubagaimanapun saya akur bahawa dalam memastikan pelaksanaan e-learning di sekolah terdapat pelbagai kekangan yang perlu dihadapi. Infrastruktur seperti makmal dan  komputer, talian internet, bekalan elektrik dan latihan yang diperlukan. Pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan e-learning. Namun begitu, pihak sekolah juga haruslah bijak untuk menangani masalah yang mungkin timbul berkaitan penggunaan e-learning di sekolah. Ini adalah supaya tidak berlakunya sebarang jurang akses dan ekuiti khususya dalam ICT bagi pelajar dan guru sama ada di bandar, luar bandar dan juga pendalaman dalam menggunakan ICT bagi tujuan pendidikan. Ini selaras dengan teras Rancangan Pembanguan Pendidikan Negara iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan memperluaskan ekuiti dalam pendidikan.

Pada pendapat saya, artikel ini mempunyai penyusunan ayat yang jelas dan mudah difahami selain daripada kekuatan isi kandungannya sesuai dibaca oleh semua. Dari segi isi kandungan pula, penulis memberi cadangan untuk membolehkan pelaksanaan e-learning dijalankan di sekolah. Saya juga bersetuju dengan cadangan sumber-sumber bahan e-learning yang boleh diperoleh oleh guru dan pihak sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran selain daripada penyelesaian bagi isu pelaksanaan e-learning.  Justeru itu, artikel ini sesuai dibaca oleh semua pihak khususnya mereka yang terlibat dengan pendidikan supaya bersama-sama memperoleh maklumat berkaitan e-learning di Malaysia.


Ulasan Artikel 2

Tajuk Artikel : Penguasaan 3M
Penulis : Khairina Yasin, Wartawan pendidikan Berita Harian
Artikel : Bicara Akademia-Berita Harian
Link : http://suhaimi87go.blogspot.com/2009/11/3m-3r-reading-writing-arithmetic-issue.html





Sinopsis :

Artikel ini merupakan hasil penulisan salah seorang wartawan Berita Harian iaitu Khairina Yasin yang menulis pandangan Dekan Fakulti Pendidikan, Univerisiti Malaya, Prof Dr Saedah Siraj mengenai keperluan kaedah pengajaran dan pembelajaran berbeza bagi mengatasi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira (3M) dikalangan murid sekolah.
Prof Dr Saedah Siraj memulakan bicara dengan menjelaskan kegagalan menguasai 3M merupakan cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Kegagalan mengatasi masalah ini terutama dikalangan pelajar Tahun Satu akan berlarutan ke peringkat seterusnya. Timbul persoalan di manakah silap dan kekurangannya. Beliau mengakui pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah ini. Namun hingga kini masih gagal mencapai matlamat kerana perlaksanaan yang tidak menyeluruh serta kurang komitmen dari pengurusan sekolah.
Pada pandangan Prof Dr Saedah Siraj, menyisihkan mereka bukanlah langkah yang baik malah hanya akan menambah masalah di kemudian hari. Terdapat juga pendapat menegaskan ibu bapa juga memainkan peranan penting membantu murid lemah. Berdasarkan kajian lepas ,langkah penyaringan dan pengesanan awal merupakan tindakan awal yang perlu diambil bagi mengenalpasti program pemulihan yang bersesuaian dengan mereka serta meletakkan mereka pada kelompok yang betul. Ini kerana setiap kelompok mempunyai pendekatan P&P yang berbeza. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pencarian kaedah P&P mengikut kelompok perlu ditekankan oleh Kementerian Pelajaran melalui kajian peringkat akar umbi dengan merujuk faktor yang mempengaruhi masalah penguasaan 3M  dalam setiap kelompok.
Sebagai contoh yang diberikan ialah, dalam kes anak Orang Asli yang sukar fokus dalam pembelajaran. Kelompok ini menghadapi masalah hubungan antara pemikiran dengan pergerakan mata namun boleh diatasi dengan penggunaan  alat muzik dalam proses P&P. Ini kerana mereka lebih peka dengan pendengaran. Melalui kajian luar negara banyak menyatakan kaedah ini dianggap berkesan untuk kelompok tersebut.
Manakala bagi golongan pendidikan khas, Prof Dr Saedah Siraj mencadangkan penglibatan ibu bapa dalam mengikuti perkemabangan anak adalah sangat dituntut bagi mengesan kelemahan diperingkat awal. Perkara yang mengcewakan apabila ramai ibu bapa cuba menafikan anak mereka bermasalah dan merasakan tidak perlu dibantu. Masalah kelompok ini kebiasaannya tidak dapat diajar dengan cepat kerana pemikiran tidak dapat membaca huruf tertentu.
Di akhir bicara, Prof Dr Saedah Siraj menegaskan selain guru dan murid, pihak lain juga perlu bekrjasama mengatasi masalah ini termasuk sekolah dan ibu bapa. Beliau menegaskan perlaksanaan harus diambil tindakan yang progresif di peringkat awal bukan pada peringkat yang telah jauh tercicir.

Ulasan dan Komentar:

Artikel ini menerangkan secara ringkas isu menguasai 3M. Isu ini merupakan cabaran getir dunia pendidikan kini yang dikhuatiri berlarutan jika tiada tindakan wajar diambil. Bagi menangani maslah ini, telah dicadangkan langkah awal iaitu dengan melaksanakan penyaringan dan pengesanan awal murid yang tidak menguasai 3M dan dimasukkan pada kelompok yang sama kelemahan. Kemudian P&P dilakasanakan secara berbeza mengikut kesesuaian kelompok supaya kelemahan mereka dapat diatasi secara berperingkat. Artikel ini menegaskan kajian dari peringkat akar umbi wajar dijalankan bagi mengenalpasti pendekatan P&P yang bersesuaian mengikut kelompok. Ditegaskan juga masalah ini bukan hanya menjadi tanggunjawab guru malah memerlukan kerjasama semua pihak terutama sekolah dan ibu bapa.
Saya besetuju bahawa isu penguasaan 3M wajar diberi perhatian segera. Bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang telah dinyatakan dalam Pembangunan Pendidikan 2001-2010, iaitu pembangunan pendidikan rendah bermatlamat untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai dan rnencukupi bagi melaksanakan pendidikan wajib pada peringkat rendah; mengurangkan kadar keciciran; meningkatkan kemahiran membaca, menulis, dan mnengira(3M). Menurut  Prof Dr Saedah Siraj, bagi mencapai hasrat menguasai 3M, pelbagai pihak perlu memainkan peranan terutama sekolah, ibu bapa dan guru. Penerimaan dan pemahaman seseorang pelajar banyak dipengaruhi oleh kaedah dan penyampaian seseorang guru yang bersistematik dan berkesan. Keberkesanan kemahiran guru dalam mengendalikan isi pengajaran dan cara penyampaian kepada para pelajar dapat menarik minat mereka untuk belajar sekali gus dapat mengatasi kelemahan secara berperingkat. Menurut Johdi(2007), pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Manakala bagi pihak ibu bapa juga perlu memberi kerjasama dalam mebantu anak menguasai kemahiran asas berkenaan.

Pada pendapat saya, kekuatan artikel ini ialah penyusunan ayat yang ringkas, jelas dan mudah difahami. Kekuatan isi kandungan pula terletak pada cadangan yang diutarakan bagi mengatasi masalah penguasaan 3M yang sangat releven dan wajar dilaksanakan. Namun, kelemahan artikel ini pula ialah tiada rujukan ilmiah yang menyokong padangan yang dibicarakan. Selain itu data-data empirikal juga tidak disertakan untuk menyokong pandangan. Secara keseluruhan, artikel sesuai dibaca oleh semua pihak terutama golongan guru, sekolah dan ibu bapa kerana ia dipenuhi dengan informasi dalam menangani masalah penguasaan 3M.

Rujukan

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif        Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Kuala Lumpur:UIAM. Seminar       Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007

Ringkasan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuala           Lumpur.


Ulasan Artikel 1

Tajuk Rencana : Mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan
Penulis : Prof. Dr. Robiah Sidin-Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA),UKM
Artikel : Isu Semasa - Portal Pendidikan Utusan 2001-2009, Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Link : http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.aspy=2001&dt=0629&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Semasa&pg=gg_03.htm       




Sinopsis :

Artikel ini menceritakan tentang cara mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan. Penulis memulakan bicara dengan mengatakan masayarakat kerap berbicang tentang prestasi akademik serta perbezaan pencapaian terutama membandingkan pencapaian anatar golongan bandar dan luar bandar, perbandingan sosioekonomi dengan pencapaian serta perbandingan pencapaian anatara pelajar Melayu dengan bangsa lain.
Penulis menyatakan isu punca-punca kelemahan sentiasa dikupas dan dibincangkan dalam seminar, kongres, wacana dan rencana namun hingga kini masalah tersebut masih berterusan malah semakin menular dan menebal.  Penulis mendapati kebanyakan perbincangan adalah memfokuskan kepada apakah corak dan jenis masalah dan faktor yang menjadi punca. Namun hasil perbincangan tidak pula menekankan cara untuk mengatasi dan tidak menegaskan pihak yang bertanggungjawab. Penulis menyimpulkan bahawa tiada pihak yang hendak bertanggungjawab untuk menangani isu tersebut.
Lantaran itu, penulis telah mengemukakan cadangan bagi mengurangkan gaps atau situasi lompang yang terdapat. Memandangkan penulis adalah seorang pensyarah bidang pendidikan, maka beliau telah mencadangkan tindakan yang perlu diambil ialah menjurus kepada strategi mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah ataupun kuliah. Beliau telah membuat andaian bahawa kunci meningkatkan pencapaian akademik pelajar ialah menerusi pengajaran. Beliau menegaskan pengajaran bermutu mampu merubah prestasi pembelajaran seseorang pelajar.
Kemudian penulis menimbulkan  beberapa persoalan berkaitan dengan pola-pola pencapaian. Ini adalah kerana penulis percaya huraian mengenai konsep adalah sangat penting kerana segala perbincangan akan jelas dan menjurus. Penulis menayatakan kebiasaannya pengukuran pencapaian sesorang pelajar diukur dengan prestasi akademik namun bertentang dengan pendapat ahli penyelidik yang lain. Keupayaan dan kecergasan minda juga melibatkan bidang-bidang lain antaranya aplikasi logik dan matematik, muzik yang berkitan, kinetik atau gerak badan dan lain-lain. Namun sudah menjadi kebiasaan ukuran kejayaan tetap ke atas pencapaian akademik. Menurut penulis, ini berlaku kerana ukuran peperiksaan telah biasa dibuat dan lebih mudah untuk dinyata, direkod serta mudah untuk dibuat perbandingan. Andaian biasa yang dibuat, semakin tinggimarkah maka semakin baik pencapaian.
Penulis juga ada menyatakan, pola pencapaian luar bandar lebih rendah dari bandar serta melalui sumber-sumber yang diperolehi mengatakan hanya peperiksaan di peringkat rendah golongan Melayu mengatasi bukan Melayu. Manakala peringkat yang tinggi lebih dimonopoli oleh etnik bukan Melayu terutama dalam Bahasa Inggeris, matematik moden, matematik tamabahan, dan sains. Penulis telah mempersoalkan tentang perkara tersebut. Melalui perbincangan khusus, didapati terdapat bermacam-macam sebab dikemukakan anataranya faktor kemiskinan, susah berjumpa pendidik, masa terhad dan lain-lain. Penulis menyimpulkan punca lebih berfokuskan faktor luaran daripada diri sendiri.
Seterusnya penulis membicarakan beberapa stategi khusus menyentuh tentang proses mengajar belajar. Andaian utama dimulakan dengan sikap, persediaan, kelestarian dan displin pelajar. Sikap tersebut perlu diajar, dilentur dan diasah dengan pendekatan yang sesusai. Penulis menegaskan jikan pendidik bersungguh-sungguh mengajar disertai dengan kepekaan situsi maka pelajar Melayu lemah Insya-Allah dapat diatasi.
Seterusnya penulis menyatakan, hasil kejayaan adalah hasil daripada kombinasi pelbagai tindakan. Sikap prasangka dan gambaran streotaip dikalangan pentadbir, pendidik malahan ibu bapa terhadap pelajar yang bermasalah akan menyukarkan melaksanakan proses pemulihan kepada pelajar yang lemah. Penulis menegaskan semua pihak perlu bekerjasama membenteras masalah. Sebelum mengakhiri bicara, penulis telah menggariskan tiga strategi mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan. Strategi pertama ialah kurikulum yang ditawarkan mesti sesuai dengan pelajar. Stategi ini menekankan supaya guru perlu sensitif dan mampu mengatur pembelajaran mengikut keupayaan yang berbeza-beza dikalangan pelajarnya. Cuma perkara yang mengecewakan penulis, secara hakikatnya mengajar mengikut keupayaan yang berbeza-beza masih tidak luas diaplikasikan di bilik darjah.
Strategi kedua ialah memberi bantuan kepada pelajar yang lemah. Penulis mentakrifkan pelajar lemah merupakan pelajar yang ketinggalan dalam kemahiran 3M. Pada pendapat penulis, pelajar 3M mudah dikenalpasti, oleh itu, beberapa aktiviti latihan dan peneguhan perlu dijalankan bagi menguasai 3M. Penulis menyatakan, kini bimbingan dan peneguhan lebih tertumpu kepada sains dan matematik berbanding bahasa sedangkan bagi pandangan penulis penguasaan bahasa merupakan kunci untuk memebaca, menulis dan mengembangkan ilmu dan juga merupakan asas menguasai pengetahuan ilmu lain.
Stategi ketiga yang dicadangkan penulis ialah penempatan guru-guru di sekolah yang memerlukan bantuan. Menurut penulis Kajian telah menunjukkan guru yang dedikasi, cekap dan mahir mampu merubah prestasi pelajar namun apa yang berlaku ialah kebanyakan pelajar lemah diajar oleh guru-guru yang bukan terbaik. Tambahan pula, di kawasan luar banadar kebanyakan guru-guru mengajar tidak mengikut opsyen yang betul berbanding bandar yang dilaporkan mengalami kelebihan guru. Penulis telah mencadangkan agar amalan penempatan guru yang mengajar tidak menikut  opsyen di luar banadar perlu dipertimbangkan semula.
Di akhir bicara, penulis menegaskan agar perlaksanaan idea yang dicadangkan perlu di ambil tindakan. Langkah asas yang boleh dibuat ialah dengan menggubal amalan dan melaksanakan  kurikulum menggunakan teknik baru, pengurusan bilik darjah dan penempatan guru-guru terbaik di sekolah sekolah terutama di luar banadar dan kawasan pedalaman.

Ulasan dan Komentar:

Pada bahagian awal artikel ini, penulis menyentuh isu masyarakat yang kerap membincangkan tentang prestasi akademik oleh pelbagai pihak namun masalah tetap berterusan dan tiada pula pihak yang hendak bertanggungjawab. Kemudian penulis cuba mengemukakan beberapa langkah dan tindakan yang bermula dari strategi mengajar dan belajar. Penulis juga menegaskan setiap perubahan bermula dari sikap pelajar dan sikap itu perlu dipupuk dan diajar bersungguh-sungguh mengikut pendekatan yang sesuai disertai dengan kepekaan situasi masa depan. Penulis juga menayarankan semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani pelajar gagal dan bermasalah. Penulis telah menggariskan tiga strategi bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Stategi pertama ialah kurikulum yang ditawarkan mesti seuai dan mencabar pelajar, strategi kedua memberi bantuan kepada pelajar yang lemah dan strategi terakhir ialah penempatan guru-guru terbaik di sekolah yang memerlukan bantuan.
 Saya akur dengan pendapat dan cadangan penulis bahawa pada dasarnya kejayaan sesorang pelajar adalah bermula dari guru. Kenyataan ini disokong kajian yang telah dijalankan oleh Othman Bin Md. Johan dan  Rahmadhaniah Binti Abdul Majid (2008). Mereka telah menjalankan kajian mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tahun Empat Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor pensyarah merupakan faktor yang paling tinggi dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Selain guru, saya juga bersetuju dengan penulis mengenai prestasi pelajar bukan sahaja terletak dibahu guru tetapi juga melibatkan pelbagai pihak terutama ibu bapa. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Zulkifli dan rakan-rakannya mengenai penglibatan ibu bapa iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi antara ibu bapa dan anak di rumah hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar miskin. Dapatan kajian mereka menunjukkan analisis regresi menunjukkan penglibatan ibu bapa memberi sumbangan 74.5% ke atas pencapaian akademik pelajar (Zuklkifli et al , 2011).

Pada pendapat saya, kekuatan artikel ini ialah penulis telah menggunakan penyusunan ayat yang jelas dan mudah difahami. Kekuatan isi kandungan pula, penulis telah cuba untuk memberi cadangan pendekatan untuk memperbaiki jurang yang wujud dalam pencapaian pendidikan. Jika dibandingkan dengan perbincangan yang dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini yang mana hasil perbincangan tidak pula menekankan cara untuk mengatasi dan tidak menegaskan pihak yang harus bertanggungjawab. Oleh itu, saya bersetuju jika strategi yang telah dikemukan oleh penulis dicuba dan dijalankan penyelidikan untuk melihat keberkesanannya.

Kelemahan artikel ini pula ialah penulis tidak meletakkan maklumat kajian yang dirujuk, nama pengkaji serta data-data empirikal untuk menyokong kenyataan penulis dalam artikel ini. Secara keseluruhan, artikel ini sesuai dibaca oleh setiap golongan seperti pendidik, pelajar, pentadbir serta ibu bapa supaya sama-sama mendapat informasi dan idea bagi merapatkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan.

Rujukan

Othman Bin Md. Johan & Rahmadhaniah Binti Abdul Majid(2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Sesi 2007/2008, Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Johor:UTM.

Zulkifli Abd Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad, dan Ismi Arif Ismail (2011). Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di negeri Selangor. Serdang, Selangor:UPM. Journal of Islamic and Arabic Education 3(2), 2011 31-40.


Wednesday 16 May 2012

Isu-isu lain dalam Sistem Pendidikan

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
  • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
  • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
  • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
  • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
  • Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
  • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
  • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
  • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Isu Kekurangan Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.







Isu Akses Pendidikan

Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:
  • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;
  • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
  • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
  • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
  • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Tuesday 15 May 2012

Isu Ekuiti Pendidikan

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).


Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.



Isu Struktur Pendidikan

Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
  • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
  • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
  • Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Friday 11 May 2012

Tokoh Matematik Terdahulu



Al-Biruni (973-1050)



Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km.


Al-Battani (850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.

Al-Khawarizmi (780 - 850)


Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Omar Khayyam (1048-1131)


Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain. Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari. Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap. Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat. Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.

Rene’ Descartes (1596-1650)


Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.

Archimedes 287 – 212 sm


Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom. Tentera Rom tidak mengetahui siapa sebenarnya. Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”. Pencapaian beliau yang terkenal ialah Hukum Hidrostatik Archimedes
  • Mencipta Takal
  • Skru Archimedes
  • Menemui pi 

Sir Isaac Newton (1642-1727)


Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.
  • Pencapaian
  • Hukum Newton
  • Teorem binomial

Tuesday 10 April 2012

Kesimpulan

Sesungguhnya pendidikan berkait rapat dengan kehidupan kerana pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kehidupan manusia sama ada masa kini atau masa depan. Pendidikan yang lengkap dan bermutu membenarkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan baik dan sejahtera. Pendidikan yang diberikan seharusnya memberi tumpuan kepada aspek akses dan ekuiti yang bermaksud peluang pendidikan sama rata kepada semua dan juga pendidikan berkualiti yang sepatutnya diterima oleh semua. 


Dalam konteks pendidikan matematik, guru matematik dan pelajar khususnya perlu memainkan peranan masing-masing bagi mencapai akses dan ekuiti pendidikan matematik. Guru perlu meyakinkan pelajar bahawa setiap individu boleh menguasai matematik. Guru juga perlu sentiasa mendorong pelajar untuk meminati dan mempelajari matematik. 


Disamping guru, pihak-pihak lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pentadbir sekolah dan juga ibu bapa perlu bersama-sama menunjukkan sikap yang positif terhadap pendidikan matematik agar pendidikan yang diberikan dapat melahirkan individu yang cemerlang dan berdaya saing yang mampu merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju dalam semua dimensi khususnya ekonomi.

Monday 9 April 2012

Cadangan terhadap isu-isu

Penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Matematik perlu diterap secara tersurat atau tersirat di dalam bilik darjah supaya kebolehcapaian pengetahuan Matematik dapat diterima sepenuhnya oleh pelajar. Penerapan nilai menjadi agenda utama kurikulum pendidikan Malaysia, khususnya di sekolah menengah.Setiap guru memiliki set nilai tertentu, yang boleh mempengaruhi persediaan dan pelaksanaan pengajarannya.

Dalam membuat persediaan pengajaran, seseorang guru akan cuba merancang apakah nilai yang akan terterap dalam pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007). Bishop (1988) telah mengenal pasti tiga pasangan nilai matematik yang saling melengkapi iaitu; ‘rasionalisme’ dan ‘objektisme’, ‘kawalan’ dan ‘kemajuan’, serta ‘keterbukaan’ dan ‘misteri’. Contohnya, apabila guru meminta pelajar menjelaskan atau membandingkan antara tiga cara membuktikan Teorem Pythagoras, adalah berkait dengan nilai matematik rasionalisme dan keterbukaan.

 Bagaimanapun, saling interaksi antara guru dengan pelajar, disamping ahli dalam budaya, seperti pentadbir sekolah, kurikulum dan ibu bapa, mungkin boleh mempengaruhi penerapan nilai pengajaran guru matematik dalam bilik darjah. Nilai dalam pengajaran guru matematik adalah merupakan kecenderungan seseorang guru matematik tentang bagaimana sepatutnya atau tidak sepatutnya mereka bertindak atau kecenderungan seseorang guru matematik melakukan sesuatu perkara dalam proses pengajaran di bilik darjah. Jadi, amalan guru dalam pengajaran bilik darjah, sama ada melalui tutur kata ataupun tindakan, menggambarkan nilai yang terterap dalam pengajaran bilik darjah.

Sekiranya nilai pengajaran Matematik diterapkan di dalam bilik darjah berkemungkinan besar pelajar boleh mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik.
Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mula menyediakan pentaksiran alternatif dan mengkaji semula sistem penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan.

Penekanan peperiksaan awam yang berasaskan kandungan diubah kepada peperiksaan yang lebih berasaskan kemahiran atau daripada bersifat ujian pencapaian kepada ujian kebolehan am. Konsep pentaksiran mula disediakan pada tahun 2006, kemudian pentaksiran alternatif pula terlaksana pada tahun 2010.

Melalui pelaksanaan pentaksiran alternatif maka terhasillah sistem penilaian pada tahun itu juga. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.

Dengan penghasilan sistem penilaian ini, maka para guru Matematik seharusnya tidak terlalu terikat dengan sistem penilaian yang hanya berorientasikan peperiksaan yang mengakibatkan para pelajar dididik untuk mempelajari subjek Matematik hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan dan tidak dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, kajian sistem penilaian seharusnya sentiasa diperhalusi lagi supaya kemantapannya lebih analitik mengikut peredaran zaman.

Al-Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang yang lain, namun dalam konteks ini interaksi antara guru Matematik dan pelajar amatlah penting bagi mencapai proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan sempurna.

Di antara ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara tersebut ialah :

“Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlan kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati”. (Al-Isra’: 28)

“Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”. (Al-‘Imran : 159)

“Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya…” (An-Nahl : 125)

Sebagai guru, khususnya guru subjek Matematik haruslah mempunyai pendekatan pengajaran yang menarik minat para pelajar untuk mempelajari Matematik. Penggunaan yang kasar dan kesat hanya akan membantutkan motivasi pelajar bagi mendalami ilmu Matematik dengan sebaiknya.

Hukuman sekiranya digantikan dengan penghargaan atau kata-kata nasihat yang berguna adalah lebih bermakna kepada pelajar bagi meningkatkan motivasi pelajar sendiri untuk mempelajari Matematik. Contohnya, guru menyediakan soalan bagi penyelesaian masalah Matematik dan sekiranya pelajar dapat menjawab dengan betul maka cubalah untuk memberi penghargaan atas usaha pelajar tersebut manakala pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul janganlah kita mengkritik mereka dengan kata-kata kesat seperti ‘lembab’ atau kata-kata lain yang menyakitkan hati. Kita boleh memberi nasihat supaya dia lebih berusaha lagi untuk menyelesaikan masalah Matematik tersebut atau meminta pelajar itu memperbanyakkan latihan bagi menguasai subjek Matematik.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula dilaksanakan pada tahun 2012.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Oleh itu, isu bahasa buat masa sekarang mungkin tidak diambil kira lagi memandangkan kerajaan sudah memberi ‘green light’ kepada para pengajar mengajar dalam bahasa ibunda.

Secara rasionalnya, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Kebanyakan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu jadi negara Malaysia juga perlu mencontohi negara-negara lain yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar terutamanya dalam subjek Matematik supaya pengetahuan ilmu Matematik yang disampaikan oleh pengajar itu dapat diterima dan difahami pelajar dengan sebaiknya. “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di negara kita.

Menurut Ab. Rahman (1992), antara aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan adalah guru perlu benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu, menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran, guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa dan sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan, peningkatan taraf akademik dan professional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya.

Pengajaran di sekolah kini adalah lebih berfokus kepada pelajar yang mempunyai kebolehan sederhana dan pandai. Oleh itu, tidak hairanlah guru hanya banyak memberikan tumpuan kepada para pelajar ini dan mengabaikan pelajar yang berpencapaian rendah.

Vaughn et al. (2003) menyarankan guru seharusnya memberikan hak kesamaan kepada pelajar berpencapaian rendah di dalam pengajarannya, antara cadangan dalam memberikan hak kesamaan kepada pelajar pencapaian rendah di dalam kelas yang pelbagai pencapaian adalah memanggil pelajar yang berpencapaian rendah sekerap mungkin seperti mana guru memanggil pelajar yang lain, elakkan daripada sering menyuruh pelajar berpencapaian tinggi membetulkan kesalahan pelajar berpencapaian rendah, memberikan peluang kepada semua pelajar untuk menjawab soalan sukar dan soalan peringkat pemikiran tinggi, memberikan maklum balas yang berinformasi terhadap jawapan pelajar berpencapaian rendah, menerima idea mereka daripada semua murid dan menghargai idea mereka sebagai sesuatu yang berguna, berinteraksi dengan pelajar pencapaian rendah sekerap mungkin seperti mana dilakukan terhadap pelajar yang lain dan guru perlu elakkan daripada membezakan kurikulum, bahan dan kaedah pengajaran, bagi mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa mereka adalah pelajar berpencapaian rendah.
Memberi hak kesamaan kepada pelajar yang berpencapaian rendah ini boleh memberikan diri mereka rasa dihargai dan memotivasikan mereka supaya lebih berusaha untuk berjaya khususnya dalam subjek Matematik.

Dari sudut kreativiti guru pula, seorang guru perlu kreatif agar menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Kemahiran juga amat diperlukan dalam proses pengajaran selain penguasaan ilmu pengetahuan. Oleh itu, proses ini melibatkan latihan sempurna bagi menghasilkan pengajaran yang menarik sekaligus menambah keyakinan seseorang guru (Abd.Ghafar,2003).

Justeru, beliau menyifatkan guru sebagai seorang seniman yang berfungsi sebagai seorang pelakon dengan menggunakan pergerakan badan, mimik muka dan tekanan suara yang sesuai bagi memenuhi kesempurnaan proses pengajaran yang dilaksanakan. Sehubungan itu, fokus perlu diberikan sepenuhnya terhadap proses pengajaran serta faktor-faktor yang dapat mempertingkat dan memperkembang ke arah mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan.

 Bagi tujuan tersebut kajian berhubung isu proses pengajaran Matematik perlu diperhalusi agar ia menjanjikan hak semua individu mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik melalui pendidikan sama rata.

Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996).

Oleh itu, sebagai pelajar seharusnya mereka belajar bukan hanya untuk berjaya di dalam peperiksaan, malah mereka perlu belajar bagaimana untuk mengaplikasikan konsep di dalam kehidupan seharian contohnya dalam pelajaran Matematik khususnya, pelajar harus tahu cara yang terbaik untuk menggunapakai konsep Matematik yang dipelajari untuk kemudahan di dalam kehidupannya.

 Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemen-elemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran adalah seperti Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Model ini digunapakai sebagai panduan kajian dalam mengesan gaya pelajar ‘undergraduate’ di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran kategori Emosional lebih dominan berbanding dengan kategori yang lain dengan nilai min yang tertinggi. Dari segi kategori emosional, orientasi gaya belajar pelajar lebih kepada mementingkan mendapat markah yang tinggi atau gred yang baik.

Di samping itu, pelajar juga menyatakan mereka memerlukan dorongan dan memberi tumpuan yang lebih pada mempelajari perkara baru atau tugasan yang dinilai. Oleh itu, untuk keberkesanan pembelajaran adalah dicadangkan para pengajar khususnya subjek Matematik perlu memberi tumpuan kepada unsur emosi pelajar.