8) PSIKOLOGI PELAJAR
Pada peringkat umur 12-20 tahun pelajar akan berada pada tahap identiti lawan kekeliruan peranan. Pada tahap ini remaja akan cuba berusaha mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka juga mula memikir diri mereka sebagai bakal teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarakat. Sekiranya usaha mencari identiti diri ini gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali,2004).
Oleh itu, pelajar-pelajar akan berperang dengan emosi perkembangan mereka dalam masa yang sama untuk menerima pengajaran oleh guru. Pelajar-pelajar belajar hanya kerana mereka perlu hadir kesekolah pada usia ini. Keseluruhan mereka masih lagi samar dengan tujuan mereka belajar. Mereka belum mendapat gambaran kepentingan belajar dan tujuan mereka belajar. Mereka sendiri tidak mempunyai gambaran mengenai hala tuju masa depan mereka kerana masih belum memahami carta alir proses pembelajaran dan tiada pendedahan daripada pihak sekolah dan juga keluarga.
Jika pelajar tidak kuat untuk bertarung dengan gelojak emosi yang dihadapinya, kebolehcapaiannya dalam matematik akan terganggu. Ini kerana mereka akan hanyut melayan perasaan seperti bercinta tanpa memberi tumpuan kepada proses pembelajaran di sekolah.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan kursus SME 6044 - ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK dan akan diselia oleh Prof. Dr. Marzita Puteh. Kami berharap perkongsian ilmu daripada blog ini dapat di ulas atau diberi cadangan bagi menambah baik. Terima kasih kerana sudi melawat dan jangan lupa untuk menjadi 'follower'.
Ri sme 6044
View more documents from Nur Hayati.
Akses ekuiti
View more PowerPoint from yatt87
Showing posts with label ISU-ISU BERKAITAN PELAJAR. Show all posts

Monday, 9 April 2012
Isu-isu berkaitan Pelajar (Latar Belakang Keluarga)
7)LATAR BELAKANG KELUARGA
Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang tidak berpelajaran selalunya akan kurang kebolehcapaian mereka terhadap matematik. Ini kerana ibu bapa mereka tidak dapat membantu mengajar mereka dirumah. Pelajar juga tidak akan bermotivasi untuk belajar hingga cemerlang kerana persekitaranya hanya dikelilingi orang tidak berpelajaran tinggi. Pendapatan keluarga yang kurang juga akan menghalang kebolehcapaian pelajar terhadap mempelajari matematik. Pelajar yang tidak mampu untuk kesekolah akan terus tidak mempelajari matematik.
Ada juga pelajar-pelajar ini ke sekolah, tetapi mereka tidak mampu untuk mengikuti kelas tambahan ataupun membeli buku rujukan. Oleh itu kebolehcapaian mereka terhadap mata pelajaran matematik tidak akan sama dengan pelajar yang lahir dari keluarga berpendapatan tinggi. Pembelajaran pelajar juga dipengaruhi oleh pendidikan keluarga.
Sebagai contoh pelajar yang lahir dari keluarga seni akan lebih cenderung untuk mempelajari dengan mendalam mata pelajaran yang berkaitan seni. Pelajar ini akan kurang untuk dibimbing mempelajari mata pelajaran yang sedikit jauh dari bidang mereka seperti matematik.

Isu-isu berkaitan Pelajar (Kecerdasan Logik-Matematik)
6) KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK
Pelajar yang tidak mempunyai kecerdasan logik-matematik ataupun lebih dikenali sebagai pelajar otak kanan lebih cenderung untuk subjek-subjek seni seperti muzik dan lukisan. Melalui teori otak Triune, setiap individu akan lebih cenderung untuk menggunakan salah satu belahan otak yang dominan dan sebelah otak lagi akan berada dalam keadaan tenang.
Oleh itu pelajar otak kanan akan menganggap matematik sebagai satu mata pelajaran yang mana para pelajar perlu mengikuti peraturan yang diajar oleh guru walaupun mereka tidak memahami peraturan tersebut (Noraini Idris, 2005). Seterusnya pelajar-pelajar ini hanya akan menggunakan strategi yang diajar oleh guru sahaja tanpa memikirkan kaedah lain.
Kesannya mereka tidak akan berkeupayaan tinggi dan cemas apabila berhadapan dengan soalan aplikasi. Oleh itu, pelajar otak kanan ini perlu diberi lebih bimbingan untuk memastikan kebolehcapaian mereka terhadap subjek matematik meningkat.

Isu-isu berkaitan Pelajar (Pelajar Berpencapaian rendah)
5) PELAJAR BERPENCAPAIAN RENDAH
Guru-guru yang sibuk mengejar silibus secara realitinya akan meninggalkan pelajar yang lemah terus dibelakang. Pelajar-pelajar yang lemah ini dapat dikenalpasti melalui rekod prestasi mereka, pemerhatian guru ataupun melalui ujian. Pelajar lemah atau yang berpencapaian rendah ini menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam penyelesaian masalah.
Mereka dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan satu langkah tetapi tidak dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan banyak langkah penyelesaian. Contohnya mereka dapat mencari nilai sudut jika hanya melibatkan nombor sahaja, tetapi jika nilai sudut itu diwakilkan dengan nilai seperti 2y 3y, pelajar ini tidak akan dapat untuk menyelesaikan masalah ini.
Pelajar berpencapaian rendah juga mempunyai masalah untuk mengingati langkah penyelesaian dan mempunyai masalah 12
keupayaan visual-ruang, iaitu lemah untuk system garis lurus, garis nombor, menentukan arah dan mengagak jarak. Pelajar berpencapaian rendah akan menerima pendekatan P&P yang sama dengan pelajar normal lain.
Oleh sebab itu, mereka akan terus lemah dalam matematik dan yang paling penting mereka juga akan lemah dalam kemahiran asas seperti pecahan dan peratus yang penting untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi dan untuk kegunaan seharian.

Isu-isu berkaitan Pelajar (Sistem Soalan Peperiksaan)
4) SISTEM SOALAN PEPERIKSAAN
Soalan peperiksaan ‘boleh dipilih’ menyebabkan pelajar hanya mempelajari topik-topik tertentu. Contohnya soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) matematik kertas 2 bahagian B, pelajar boleh memilih 4 soalan daripada 5 soalan yang diberikan. Setiap satu soalan itu mewakili satu bab. Oleh itu, pelajar akan mengambil langkah untuk hanya mempelajari 4 bab ini dan meninggalkan 1 bab daripada 5 soalan ini yang mereka anggap susah. Guru-guru juga ada yang hanya mengajar 4 bab ini sahaja daripada 5 soalan ini kerana mereka tidak sempat untuk menghabiskan silibus.
Guru-guru mengajar dengan lebih memfokuskan kepada peperiksaan, maka guru-guru ini akan mengambil langkah untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana guru-guru tiada masa untuk mengajar ‘lebih-lebih’. Pelajar juga akan meminta guru untuk mengajar apa yang perlu sahaja kerana mereka juga tiada masa dan minat untuk belajar ‘lebih-lebih’. Contohnya untuk nilai pi=3.142, guru akan meminta pelajar menghafal sahaja nilai ini tanpa memberitahu nilai ini sebenarnya merupakan nilai nisbah ukur lilit bulatan kepada diameternya.

Isu-isu berkaitan Pelajar (Peluang belajar)
3) PELUANG BELAJAR
Menurut Noraini Idris (2005), sesetengah sekolah sebilangan besar pelajar sastera tingkatan 4 dan 5 tidak mempelajari matematik. Walaupun mata pelajaran ini mesti dipelajari seperti yang termaktub dalam peraturan sekolah iaitu 200 minit seminggu untuk pelajar sastera.
Pihak sekolah beranggapan pelajar-pelajar sastera ini tidak akan lulus untuk matapelajaran matematik ataupun mereka tidak akan mendapat markah yang baik seterusnya akan menurunkan gred mata pelajaran matematik. Apabila kes ini berlaku, secara majoritinya pelajar bumiputera tidak akan berpeluang mempelajari matematik kerana majoritinya pelajar yang mengambil aliran sastera merupakan pelajar bumiputera.
Pihak sekolah tidak sepatutnya tidak menyekat para pelajar untuk mempelajari matematik. Ini kerana jika kita lihat kembali kepada tokoh-tokoh ilmuan terdahulu seperti Al-Khawarizmi, walaupun dia merupakah pakar matematik tetapi dalam masa yang sama beliau juga merupakan pakar dalam bidang goegrafi dan astronomi.

Isu-isu berkaitan Pelajar (Penghafalan sebelum kefahaman)
2) PENGHAFALAN SEBELUM KEFAHAMAN
Pelajar masa kini lebih senang menghafal jalan kerja tanpa memahami konsep terlebih dahulu. Oleh itu mereka tidak akan dapat menguasai keseluruhan topik, mereka juga akan mempunyai masalah jika diberikan soalan aplikasi, selain itu mereka tidak akan dapat menerangkan mengapa mereka menggunakan sesuatu langkah jalan kerja untuk menyelesaikan sesuatu soalan itu.
Apabila pelajar-pelajar ini menghafal, mereka tidak akan dapat memberi anggaran untuk menyemak jawapan. Contohnya bagi topik janjang aritmetik, jika pelajar menghafal rumus bagi mencari sebutan ialah Tn=a+(n-1)d, maka jika sesuatu masa mereka terlupa rumus ini, mereka tidak akan dapat menjawab soalan untuk mencari nilai sebutan. Tetapi jika mereka memahami konsep, tanpa rumus sebutan ini mereka tetap dapat mencari nilai sebutan kerana setiap sebutan merupakan hasil tambah nilai sebutan sebelumnya dengan nilai d.
Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pelajar yang menghafal akan mempunyai kebolehcapaian yang terhad terhadap mata pelajaran matematik.

Isu-isu berkaitan Pelajar (Pelajar kurang upaya)
1)PELAJAR KURANG UPAYA
Salah satu jenis masalah pembelajaran pelajar matematik ialah mempunyai masalah Diskalkulia. Diskalkulia ini merupakan masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran arithmetic (Wikipedia, 2008).
Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini sukar untuk memahami konsep nombor walaupun yang mudah, selain itu mereka juga sukar untuk mengingati simbol matematik seperti tambah, darab, tolak dan bahagi. Pelajar Diskalkulia juga tidak dapat membezakan nilai besar dan nilai kecil.
Kebolehcapaian pelajar-pelajar Diskalkulia ini terhadap subjek matematik akan terus berkurangan kerana guru-guru tidak mengasingkan pelajar-pelajar ini daripada pelajar normal kerana guru-guru beranggapan pelajar-pelajar ini juga normal kerana mereka boleh mempelajari subjek vokasional dengan baik.
Kos yang tinggi juga diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar kurang upaya (OKU). Contohnya gambarajah timbul dan mesin braile matematik untuk pelajar yang mempunyai kecacatan penglihatan. Pakar-pakar matematik lebih menumpukan kepada pelajar-pelajar normal.
Pemerhatian daripada pakar kepada pelajar OKU sangat kurang, ini kerana pakar perlu memahami masalah dan sikap pelajar OKU itu sendiri jika mahu memberi tumpuan kepada proses P&P mereka. Walaupun secara realitinya pelajar-pelajar OKU ini lebih memerlukan pakar-pakar untuk memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam menguasai mata pelajaran matematik.

Subscribe to:
Posts (Atom)